Pilih dan cari Universiti Kanada yang tepat dengan ELS

ELS dapat membantu anda mencari universiti di Kanada yang tepat sedang anda berada di negara asal anda melalui alat carian kami dan Ejen Penasihat bertauliah ELS tempatan.

Terdapat banyak faktor yang mesti dipertimbangkan apabila anda mahu memilih Canadian universiti yang tepat. Matlamat kami adalah untuk membantu anda mencari universiti yang paling sesuai dengan latar belakang akademik, matlamat pendidikan dan pencapaian peribadi anda. Kami akan membantu anda mendapatkan kemasukan bersyarat sebelum anda meninggalkan tanah air anda.

Anda boleh memohon kemasukan ke kolej/universiti di Kanada, yang mana setiap institusi menggunakan pelbagai tahap pemilihan dan standard kemasukan. Institusi di Kanada mempunyai kepelbagaian yang unik. Universiti boleh bersifat awam atau swasta, dan memiliki bilangan pelajar, jenis ijazah, kos dan lokasi yang berbeza-beza.

Mulakan dengan mencari maklumat tentang  Pilihan Ijazah, dan  Jenis Institusi yang memenuhi keperluan anda untuk belajar di universiti Kanada.

Penarafan

Tiada senarai rasmi 10, 20, 50 malah 100 universiti teratas di Kanada, mahupun pihak kerajaan Kanada yang memberi taraf kepada universiti. Setiap tahun, terdapat beberapa panduan yang diterbitkan yang mengandungi “penarafan” kolej yang subjektif. Penarafan tidak rasmi ini mungkin mengkategorikan kolej/universiti mengikut susunan kualiti Khusus Sarjana Muda, Menyeluruh (program sarjana dan sarjana muda) dan Kedoktoran Perubatan.

Jika anda menggunakan indeks penarafan untuk mengenal pasti universiti idaman, pastikan anda menyemak kriteria yang digunakan untuk menetapkan senarai penarafan dan bandingkannya dengan matlamat pengajian peribadi anda. Penarafan yang diterbitkan, meskipun tidak rasmi, dapat dijadikan titik permulaan yang baik untuk pencarian kolej. Pengalaman kolej terdiri daripada pengalaman dalaman yang menjangkau keterangan bernombor. Indeks penarafan hanyalah salah satu daripada beberapa alat yang dapat membantu anda mencari sekolah yang memenuhi keperluan akademik dan sosial anda. Satu panduan yang popular di Kanada ialah MacLean’s Guide to Canadian Universities.

Maclean’s Guide to Canadian Universities diterbitkan pada bulan Mac setiap tahun.
Panduan ini juga dikenali sebagaiMaclean’s University Guide. Panduan ini mengandungi maklumat daripada Penarafan Universiti Maclean, sebuah keluaran majalah yang diterbitkan setiap tahun pada bulan November, khususnya untuk pelajar di tahun akhir sekolah tinggi dan yang memasuki tahun pertama ke universiti di Kanada. Kedua-dua Panduan dan terbitan penarafan menampilkan artikel yang membincangkan universiti di Kanada dan menetapkan taraf setiap satu mengikut kualiti. Penarafan menumpukan pada ukuran “pengalaman siswa”, membandingkan universiti dalam tiga kumpulan setara:
Khusus Sarjana Muda, Menyeluruh dan Kedoktoran Perubatan.

Sekolah dalam kategori Khusus Sarjana Muda lebih menumpu kepada pendidikan ijazah sarjana muda, dengan hanya beberapa program ijazah.
Menyeluruh mempunyai jumlah aktiviti penyelidikan yang agak besar dan bilangan program ijazah dan ijazah sarjana muda yang lebih banyak, termasuklah ijazah profesional
Institusi Kedoktoran Perubatan mempunyai rangkaian luas program PhD dan penyelidikan, selain sekolah perubatan.