Pilihan Ijazah dan Diploma Universiti di Malaysia

Sijil

Kelayakan kemasukan: SPM / GCE ‘O’ Level dengan 1 kredit, atau yang setara
Kumpulan umur: 17 tahun dan ke atas
Tempoh: 1 – 1.5 tahun

Program sijil kuliah Malaysia biasanya menjadi pilihan pelajar yang tidak tahu apa yang mahu ditumpukan dalam pengajian tinggi, jadi mereka memilih langkah yang paling mudah. Program sijil juga sesuai untuk pelajar yang tidak begitu cemerlang semasa di sekolah menengah.

Asas/ Pra-Universiti

Kelayakan kemasukan: SPM / GCE ‘O’ Level dengan 5 kredit, atau yang setara
Kumpulan umur: 17 tahun dan ke atas
Tempoh: 1 – 1.5 tahun

Program asasi, atau program Prauniversiti, menyediakan pelajar untuk pengajian ijazah – kebanyakan di luar negeri. Program asasi yang popular termasuk Program Prauniversiti Kanada, Program Matrikulasi Australia Selatan dan Program Ijazah Amerika.

Diploma

Kelayakan kemasukan: SPM / GCE ‘O’ Level dengan 3 kredit, atau yang setara
Kumpulan umur: 17 tahun dan ke atas
Tempoh: 1 – 1.5 tahun

Program diploma universiti terdiri daripada modul yang serupa dengan yang terdapat dalam program ijazah, kecuali memerlukan modul yang kurang sedikit untuk memperoleh diploma. Ini biasanya sesuai untuk pelajar yang mahu menumpukan kepada satu bidang pengajian tetapi tidak dapat memberikan komitmen masa jangka panjang dan/atau wang.
Walau bagaimanapun, kebanyakan program diploma, boleh dinaik taraf kepada program ijazah dengan menambah beberapa modul lagi.

Ijazah

Kelayakan kemasukan: STPM / GCE A-level Kemahiran Bahasa Inggeris atau yang setara
Kumpulan umur: 19 tahun dan ke atas
Tempoh: 3 – 5 tahun

Program ijazah dikenali juga sebagai ijazah sarjana muda atau ijazah siswa.
Ramai pelajar memilih kelayakan ini sebagai pencapaian minimum dalam hayat akademik mereka. Terdapat beberapa program ijazah yang ditawarkan sebagai Ijazah Kepujian (Kep) yang secara umumnya memerlukan standard akademik yang lebih tinggi berbanding dengan hanya lulus sahaja. Sesetengah universiti menghendaki pelajar mengikuti pengajian selama satu tahun lagi untuk memperoleh Ijazah Kepujian. Tempoh program ijazah umumnya selama 3 tahun di Malaysia, Australia dan UK; sementara di Amerika Syarikat dan Kanada, tempoh pengajian ialah selama 4 tahun.

Ijazah Sarjana

Kelayakan kemasukan: Ijazah sarjana muda dalam bidang yang serupa dan mengandungi minimum 3 program
Kumpulan umur: Dewasa
Tempoh: 1 – 3 tahun

Ijazah sarjana ialah ijazah akademik yang diberikan kepada individu yang telah mengikuti pengajian dan pengalaman kuliah yang mendemonstrasikan kepakaran atau gambaran peringkat tinggi sesuatu bidang pengajian. Kebanyakan program sarjana memerlukan penyelidikan tertentu dilakukan, yang melibatkan penulisan tesis atau disertasi.
Terdapat beberapa program sarjana yang hanya memerlukan beberapa siri kerja kursus untuk diikuti dan ini bermakna pelajar perlu menghadiri lebih banyak kelas.

Kedoktoran (PhD)

Kelayakan kemasukan: Ijazah sarjana dalam bidang yang serupa selama minimum 2 tahun
Kumpulan umur: Dewasa
Tempoh: 3 – 5 tahun

Ijazah kedoktoran ialah ijazah akademik atau ijazah profesional yang di kebanyakan negara dirujuk sebagai kelas ijazah yang melayakkan pemiliknya untuk mengajar dalam bidang tertentu. Pelajar dikehendaki melaksanakan penyelidikan yang tertumpu dan terperinci dalam satu bidang jurusan pengajiannya dan menulis tesis yang boleh diterbitkan dalam jurnal akademik.

Penarafan

Jika anda menggunakan indeks penarafan untuk mengenal pasti universiti idaman, pastikan adan menyemak kriteria yang digunakan untuk menetapkan senarai penarafan dan bandingkannya dengan matlamat pengajian peribadi anda. Penarafan yang diterbitkan, meskipun tidak rasmi, dapat dijadikan titik permulaan yang baik untuk pencarian kolej. Pengalaman kolej terdiri daripada pengalaman dalaman yang menjangkau keterangan bernombor. Indeks penarafan hanyalah salah satu daripada beberapa alat yang dapat membantu anda mencari sekolah yang memenuhi keperluan akademik dan sosial anda. Sumber penarafan popular di Malaysia ialah Sistem Penarafan MQA untuk Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA’09).

Penarafan Universiti dan Kolej Universiti Malaysia 2009

Sistem Penarafan MQA 2009 untuk Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA’09) mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sarjana muda di universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia.

Instrumen penarafan SETARA’09 meliputi tiga dimensi umum input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menekankan aspek bakat, sumber dan tadbir urus. Dimensi proses memfokuskan pada perkara berhubung kurikulum dan dimensi output memberi penekanan pada kualiti siswazah.

Pelaksanaan SETARA’09 mengklasifikasikan penarafannya kepada enam Peringkat, yang terdiri daripada Peringkat 1 sebagai Lemah sehingga Peringkat 6 sebagai Terbaik. UPM berada pada Peringkat 5 (Cemerlang).