Pilih dan cari Universiti Amerika yang tepat dengan ELS

ELS dapat membantu anda mencari universiti di Amerika yang tepat sedang anda berada di negara asal anda melaluialat carian kami dan Ejen Penasihat bertauliah ELS tempatan.

Terdapat banyak faktor yang mesti dipertimbangkan apabila anda mahu memilih kolej universiti di Amerika yang tepat. Matlamat kami adalah untuk membantu anda mencari universiti Amerika yang paling sesuai dengan latar akademik, matlamat pendidikan dan pencapaian peribadi anda. Kami akan membantu anda mendapatkan kemasukan bersyarat sebelum anda meninggalkan tanah air anda. Rangkaian Kemasukan Bersyarat Universiti ELS terdiri daripada 600 kolej dan universiti di seluruh Amerika. Hanya melalui ELS anda mempunyai banyak pilihan untuk meneruskan pendidikan anda.

Anda boleh memohon kemasukan ke kolej/universiti di Amerika, yang mana setiap institusi menggunakan pelbagai tahap pemilihan dan standard kemasukan. Institusi di Amerika mempunyai kepelbagaian yang unik. Universiti boleh bersifat awam atau swasta, dan memiliki bilangan pelajar, jenis ijazah, kos dan lokasi yang berbeza-beza.

Mulakan dengan mencari maklumat tentang Pilihan Ijazah, dan  Jenis Institusi yang memenuhi keperluan anda.

Penarafan

Tiada senarai rasmi 10, 20, 50 malah 100 universiti teratas di Amerika, mahupun pihak kerajaan Amerika yang memberi taraf kepada universiti. Setiap tahun, terdapat banyak majalah dan buku panduan yang diterbitkan yang mengandungi “penarafan” kolej yang subjektif. Penarafan tidak rasmi mungkin mengkategorikan kolej/universiti mengikut lokasi atau bidang pengajian akademik (Kejuruteraan, Komputer Sains atau Perniagaan, sebagai contoh). Selain itu penarafan ini mungkin membahaginya kepada kategori “wilayah” atau “nasional”. Dalam sesetengah penarafan, standard akademik dan reputasi umum tidak semestinya menjadi faktor utama yang dipertimbangkan.

Jika anda menggunakan indeks penarafan untuk mengenal pasti universiti idaman, pastikan adan menyemak kriteria yang digunakan untuk menetapkan senarai penarafan dan bandingkannya dengan matlamat pengajian peribadi anda. Penarafan yang diterbitkan, meskipun tidak rasmi, dapat dijadikan titik permulaan yang baik untuk pencarian kolej. Pengalaman kolej terdiri daripada pengalaman dalaman yang menjangkau keterangan bernombor. Indeks penarafan hanyalah salah satu daripada beberapa alat yang dapat membantu anda mencari sekolah yang memenuhi keperluan akademik dan sosial anda. Indeks penarafan popular di Amerika termasuk: U.S. News & World Report’s “Best Colleges,” Fiske Guide to Colleges, Barron’s, dan Peterson’s.