Jenis Universiti di Amerika Syarikat

Kolej Sastera

Kolej sastera ialah kolej dengan penekanan utama terhadap pengajian sarjana muda dalam bidang Sastera dan Sains.

Pelajar bidang sastera biasanya memberi tumpuan pengajian pada bidang tertentu pengajian mereka, sambil mendapatkan pendedahan kepada pelbagai subjek akademik, daripada subjek sains sehingga kemanusiaan.

Encyclopaedia Britannica mentakrifkan sastera sebagai “kurikulum universiti bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan am dan membangunkan keupayaan intelek am, berbanding dengan kurikulum profesional, vokasional atau teknikal.”
Institusi sastera boleh terdiri daripada institusi swasta atau awam.

Universiti Swasta

Universiti swasta ialah jenis universiti di Amerika yang tidak dikendalikan oleh kerajaan, meskipun banyak yang menerima pembiayaan awam, terutamanya dalam bentuk tolakan cukai, pinjaman pelajar dan geran kerajaan. Mereka menerima pembiayaan persendirian melalui derma alumni, geran penyelidikan fakulti dan yuran tuisyen. Pelajar yang studi di Amerika menggemari institusi swasta kerana sumber teknologi, kemudahan penyelidikan dan saiz kelasnya yang kecil. Universiti swasta dapat menarik dan mengekalkan tenaga pengajar yang terkenal dalam bidang akademik mereka. Pengalaman kuliah di Amerika diperkaya dengan pelbagai pengalaman kakitangannya yang ditimba di luar kelas.
Program akademik yang luar biasa dan inovatif juga boleh terdapat di kampus universiti swasta. Beberapa institusi pendidikan tinggi yang paling kompetitif dan terpilih di Amerika Syarikat ini ialah institusi swasta. Sebagai contoh, U.S. News & World Report menilaikan sepuluh universiti teratas di Amerika Syarikat untuk 2012 (dalam susunan nombor) seperti berikut: Harvard University, Princeton University, Yale University, Columbia University, California Institute of Technology, Massachusetts Institute of Technology, Stanford University, University of Chicago, University of Pennsylvania dan Duke University.

Universiti Awam

Institusi awam, lazimnya dipanggil universiti negeri, ialah sebuah institusi yang menerima pembiayaan daripada kerajaan negeri dan/atau persekutuan, walaupun hasil yuran dan pembiayaan persendirian turut menyumbang kepada kestabilan kewangannya. Institusi ini mungkin mengikut keperluan kemasukan umum mengikut negeri atau memiliki keperluan mereka yang tersendiri. Geran penyelidikan fakulti biasanya penting kepada kakitangan pengajar universiti negeri dan membuka banyak peluang penyelidikan praktikal untuk anda. Universiti awam sering mempunyai jabatan yang besar yang menawarkan pelbagai pilihan ijazah Universiti awam atau negeri biasanya lebih berpatutan kosnya berbanding institusi swasta, tetapi masih menawarkan peluang pembelajaran yang terbaik.

Kembali ke Atas