Mengapa Belajar di Malaysia?

Malaysia memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam pendidikan antarabangsa, justeru sistem pendidikan tinggi kami yang teratur dan unik menawarkan peluang untuk memperoleh kelayakan antarabangsa pada kadar yang berdaya saing.

Pada awal 2010, terdapat lebih 80,000 pelajar antarabangsa di Malaysia yang datang dari lebih 100 buah negara mengikuti kursus yang terdiri daripada diploma; program bahasa Inggeris; ijazah di institusi pendidikan tinggi swasta, universiti awam dan kampus cawangan universiti luar negara. Keyakinan pelajar di seluruh dunia yang memilih universiti Malaysia sebagai destinasi pendidikan antarabangsa sudah cukup menjadi bukti.

Malaysia memiliki pengalaman bertahun-tahun mendidik pelajar antarabangsa. Justeru, banyak institusi pendidikan tinggi swasta, sekolah bahasa Inggeris dan universiti awam di Malaysia mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk menawari anda kelayakan yang bersesuaian di samping menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar di Malaysia.

Pejabat Pelajar Antarabangsa di institusi Malaysia sudah biasa mengendalikan pelajar antarabangsa dari pelbagai latar belakang etnik, budaya dan pendidikan. Oleh hal itu, pelajar ini diberi sokongan dan perhatian sepanjang pengajian mereka di sini. Apabila anda belajar di Malaysia, anda memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pasaran global selain menikmati pengalaman yang selesa dan bermanfaat di Malaysia.